Monday, November 29, 2010

khasiat air soya...


Air soya nie baik untuk ibu2 mengandung sebab  air soya nie dibuat dari kacang soya yg banyak khasiat...and air soya nie warnanya putih..so..maybe akan ada kaitan dengan kulit anak2 yg bakal dilahirkan kelak..aku xtau la nie betul ke x...tapi menurut ayah aku..mase mak aku mengandungkan kami adik beradik..setiap hari ayah aku akan beli and bagi mak aku minum air soya..katenye.."xnak anak2 ikut warna kulit dye"(ayah aku)..hohoho..xtau la betol ke x..tp aku anggap kan betul jela..sebab na diikutkan ayah aku mmg la sedikit gelap..tp xda pon adik beradik aku yg ikut kulit ayah..so terima jelah kenyataan hakitkatnye air soya yg menjadi faktor kulit kiteorang..hohoho...kalo nak kate ikut kulit mak aku..mak aku memang la putih..tp xkan semua ikut kulit mak aku kan..sebab na diikutkan aku banyak ikut paras ayah..semestinye kulit aku pon ikt ayah..tp xpon berlaku..hohoho..till now..soya menjadi kegemaran kiteorang..dalam peti ais mesti ada stok soya..sedap...so...

p/s:buat korg yg ingin jadi ibu..bakal jadi ibu..minum la soya selalu ye..yg bakal jadi ayah..jangan kedekut2 duit tok belikan air soya hari2 untuk isteri anda..ngeee..na pecaye ngn mitos aku or x..terpulang..sebab aku pon agak2 je..hohoho...

********************************************
nie khasiat soya yg sebenar:

  • Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.
  • Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.
  • Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.
  • Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  • Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.
  • Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.
  • Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
  • Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
  • Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
  • Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  • Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan. 
  • Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon. 
p/s:Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

**Tambahan**
Khasiat kacang soya untuk wanita
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

insan cinta...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,
‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya,    menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA     padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.



19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun
yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Friday, November 26, 2010

untukmu ratuku



Ratuku 

Ingin kuluahkan
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini

Tatkala melihat bunga-bunga berguguran

Dipetik tangan-tangan yang ganas

Lagi bernafsu serakah

Ratuku
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila kudengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu

Ratuku
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila kumelihat bunga yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikanmu ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindungi

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagai tibanya musim luruh

Ratuku
Bukanlah kuharap
Kau segigih Siti Hajar
Yang berlari-lari antara Sofa dan Marwah
Bukan juga Ainul Mardhiyah
Menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A'isyah
Bukan juga Rabi'atul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak
Berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar
Kau mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Jangan biarkan gagak hitam
Merosakkan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan yang bisa membuatku tersenyum mekar
Kerana akan kutemui ratu yang benar-benar ratu...



Wednesday, November 24, 2010

meehon goreng singapore

huiiiiu....ari nie terase na makan meehun singapore...huuu..rase2 cm da lame x makan...(poyo)..saje2 je na menulis actually...huuuu...

bahan-bahan:

bawang putih,merah and cili burung(ditumbuk)
lada hitam(ditumbuk)
carrot(dipotong panjang)
tauge
udang(dibuang kulit)
fish ball and fish cake
meehun(direndam dan ditoskan)
minyak masak

*********
1-panaskan minyak...then tumis bawang yg telah ditumbuk sampai sedikit garing mcm nie..

2-then..masukkan udang..carrot..lada hitam.fish cake,fish ball..tumis..

.3-bubuh garam and ajinamoto..sesedap rase..(selalu aku tambah sikit perencah cukup rase)
pastoh masukkan meehon..gaulkan till meehon sedikit lembut...

4-bile mehon dah lembut masukkan tauge..biar kan till tauge nie sedikit masak..(kalo xsuke buh la sayur sawi ke or kobis)

p/s:terlebih tauge..30sen punye..aku bubuh je semua..xnak membazir..huuu..

siap...

simple je aku masak nie..tok alas perut..jadi le..huuuu..masakan org bujang..ngeee...mase dok umah sewe dulu aku selalu masak meehon nie...huuuu...eh...na bagi sedap sikit...makan ngan cili jeruk...

cili jeruk..selamat mencube..ngeee


Tuesday, November 23, 2010

S.E.P.I



S.E.P.I
bisikku pada bulan..
kembalikan kekasihku..
temanku..
syurgaku..
tanpa dye..
malam menemaniku..
sepi memelukku..
bulan jangan biar siang..
biar alam ini kelam..
biar ia sepi seperti ku..
**S.E.P.I...stand for...Sayang..Engkau Paling Indah...huuuu...sori...pinjam jap ur word...
Ada Kalanya Sepi Itu Indah..

Benarkah sepi itu indah?...
Sepi itu telah lama bersama ku…
Dari dulu, kini dan ……..
Bila sepi itu menjenguk ku…
Aku berusaha menjadikan sepi itu indah…

Tapi hakikatnya…
Sepi itu kekosongan…
Sepi itu keseorangan…
Sepi itu kesunyian…
Sepi itu kemurungan…
Sepi itu kesedihan…
Sepi itu kedukaan…
Sepi itu kesakitan…
Sepi itu jauh dari insan dan…
Sepi itu jauh dari Tuhan…

Ya Allah, ya Tuhan…
kiranya telah Kau takdirkan…
aku sendirian begini…
aku redha, ya Allah…
kerana telah kuyakini…
sepi itu indah…
seindah kasihMu, ya Allah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...