Thursday, August 4, 2011

Al Fatihah Buat Dr Rohani Kassim

Takziah buat keluarga Dr Rohani Bt Kasim...hurrrmmm...aku tak pernah berkesempatan pon tengok Dr nie sebab dye baru bertugas kat Perak..ape pon dah ajal kan..hurm ingat tak pasal entry aku air mata ramadhan toh..sepatutnye aku kene call  Dr nie masa toh tok dapat kan pengesahan berkaitan keje aku nie lah..dah ajal kan..tapi siyus kejam orang yang buat sume nie..



IPOH 4 Ogos - Jenazah Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Rohani Kassim yang ditemui mati di pangsapurinya awal pagi ini dipercayai dibunuh, akan dikebumikan di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai, petang ini.
Perkara itu disahkan oleh kakak mangsa, Ruziana Kassim, 41, yang ditemui di luar Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Ruziana juga memberitahu, adiknya itu pernah kerugian RM15,000 apabila rumahnya dipecah masuk dua minggu lalu.
Sementara itu, laporan awal menyebut, mangsa anak ketujuh daripada 10 beradik masih bujang dan tinggal berseorangan di pangsapurinya itu mati dipercayai dicekik selepas disamun.
Satu sidang akhbar akan diadakan polis petang ini.
Dalam pada itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam kenyataan akhbar memberitahu kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM8,000 kepada keluarga Allahyarham Rohani.'
"Sebanyak RM5,000 dihulurkan adalah bantuan atas dasar tragedi manakala RM3,000 bagi bantuan pengurusan jenazah pegawai awam,'' katanya.
Terdahulu, Zambry melawat keluarga mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun. - Utusan


Al fatihah buat beliau....

16 comments:

lilypelangi said...

alfatihah buat si arwah ..

Nida n' Hanafi said...

ya Allah... kenapalah manusia yang melakukan perbuatan ini tak berperi kemanusiaan...

Al-Fatihah buat arwah...

K said...

al-fatihah :)

Ku Azhar said...

al-fatihah

Hizami Li said...

innalillah.
kejam betul siapa yg buat tu.

♥ 미스 kiera ♥ said...

al fatihah. takziah pd keluarga beliau.

Unknown said...

al fatihah, takziah pada keluarga

Ibu Ammar said...

alfatihah, dan takziah.

Mr.Superman said...

innalilliah..takziah..al fatihah..

Unknown said...

alfatihah..

dzafira said...

Alfatihah....

ANis, semalam sy tengok berita n dengar pasal ni... Bila dengar pembaca berita sebut perkataan 'veterinar' tu terus teringat pada anis... tak sangka plak anis tulis pasal ni kat blog.

ct kektus said...

aish. manusia2. suka sgt bunuh membunuh.

moga dia dicucuri rahmat. ;)

Tea Dno said...

Al-Fatihah. bulan puasa gini pun masih gini. hmm. takutnyaa.

Unknown said...

al-fatihah.. takziah kpd keluarga arwah

Arina said...

Kakak dah lama kenali Dr. Rohani ni berkaitan kerja2. Baru 2 bulan lepas akak jumpe dia di Kementerian Pertanian kerana berkursus sehari. Dr. Rohani datang jumpa kakak sambil berpeluk2kan dan cium di pipi Dr. Rohani mohon maaf pada kakak kerana hari tu adalah hari terakhir perkhidmatannya bersama Kolej Pertanian kerana dia akan kembali semula ke Jabatan Veterinar Ipoh. Sedih sungguh kakak kerana kematiannya amat mengejutkan dan amat tragis sekali...Al Fatihah buat Dr. Rohani Kassim....Semoga rohnya ditempatkan bersam orang yg beriman sempena bulan Ramadhan ini.....

blog ummi maisarah & hana said...

al-fatihah...
saya pun kenal dgn Dr Rohani.. Dia bekas bos saya kat Kolej pertanian.. saya pun terkejut juga dengar berita ni kat tv ari2... x sangka blh jadi mcm ni...
sgt tragis...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...