Sunday, June 5, 2011

Sampai Menutup Mata

nie cerpen yg pernah aku hasil kan dolu mase aku xde kije kan..sudi sudi lah bace..and komen yup..ade yg berkaitana and ade yg rekaan..bnyk yg berkaitan dari rekaan..:)


“Woi..mengelamun je kerja kau…”
“Astaghfirullah…kau ni…nak bunuh aku ker?...nasib baiklah aku ni tak da sakit jantung..kalau tak 44 hari 44 malamlah kau meratapi pemergian aku…”
“Kot ye pun bagi la salam dulu ker,ketuk pintu ker..ni tak main boo je..”rajuk hati ku
“Woit che kak..cakap molek sikit ek..kau tu bukan sehari  dua aku kenal..dah bertahun-tahun…Kalau dah kemaruk cinta,bom meletup kat sebelah pun belum tentu kau dengar…”lantang sahaja mulut sahabat ku Afriza Elyana yang lebih mesra dengan panggilan Eja berbicara untuk mengenakan aku.
“Yela tu…kau memang,  kalau bab nak drop kan aku no satu”Eja yang dari tadi tercegat di sebelah meja belajar ku mulai ketawa.”
“Seorang aje ke kau kat dalam bilik ni?roommate kau yang lain mane?”Aku menggaru kepala ku yang tidak gatal untuk mencari jawapan yang sesuai.
“Entah la..Sejak aku balik dari kuliah tadi memang tak ada sesiapa…kau pulak apahal datang sini?”
“Saje nak berjumpa dengan sahabat baik yang paling aku sayangi..rindu rasanya”Eja sempat berseloroh.Ketawa kami mula berderai.

**********************************************************************************
“Assalamuailaikum”Mimi Azlia.Nama yang sudah tidak asing lagi.Cukup terkenal dengan sikapnya yang hipokrit dan penuh dengan PHD..Perasaan hasad dengki.
“Waalaikummussalam.Lewat balik hari ni.Siapa pula yang hantar?Boy kau yang mana pula?Sindir ku dengan senyuman sinis.
“Ish..tak dalah..Balik sendirila.”
“Bajet aku tak nampak la tu,”Bisikku dalam hati.Walhal sebentar tadi aku mengintai di sebalik tingkap.Cuma wajah si pemuda kurang jelas dari pandangan mata ku.
“Ah..peduli apa aku.Tak ada kena mengena dengan aku.”Tapi kesian juga pada mamat tu.Kena tipu bulat-bulat dengan perempuan bernama Mimi Azlia yang memiliki wajah yang agak menarik,tetapi sayang perangainya tidak secantik wajah.Hemm..Nasib engkaula pemuda.

***********************************************************************************
“Dah setengahjam aku tunggu.Mana ni.Cakap tak serupa bikin.Janji  pukul 10,tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak”aku bersungut seorang diri.
“Assalamualaikum..”Satu suara garau kedengaran entah dari mana dan kepada siapa salam itu ditujukan.Suara kedengaran seakan serak-serak basah.
“Assalamualaikum..”Suara tadi menerpa ke cuping telinga ku buat kesekian kalinya.Hati ku mengatakan bahawasanya salam tersebut ditujukan kepada ku.Dengan perasaan sedikit geram kerana kosentrasi ku terganggu aku menoleh kearah pemuda yang memberi salam sebentar tadi.
Disaat mata ku bertentang mata dengan mata si pemuda,hati ku bagai direntap dan ditoreh-toreh oleh sebilah belati tajam.Luka yang kian sembuh kini berdarah kembali.Wajah yang sudah ku anggap telah lama mati tiba-tiba muncul kembali setelah tiga tahun lamanya kau menyepi..
“YAALLAH..Dugaan apa pula yang ingin kau titip kan kepadaku”Aku bemonolog sendiri di dalam hati.Dunia ku gelap  seketika apabila  terkenangkan kenangan silam yang sudah ku simpan kemas dalam lipatan.

************************************************************************************
“Boleh abang duduk di sini?”Pemuda tadi memberanikan diri untuk bersuara.
“Maaf”Dengan sepatah kata,tanpa menoleh aku mencapai bacaan ku lalu melangkah laju meninggalkan pemuda tersebut.Hati ku menjadi sebak.Air mata ku tidak dapat dibendung lagi lalu mengalir laju di pipi gebuku.Aku terus melangkah laju tanpa menghiraukan panggilan Eja yang tiba-tiba muncul bersama Hizmi rakan sekuliah ku.
“Kenapa pula dengan Nisa tu?”Kata Eja kepada Hizmi.
“Entah la.Kau pergila tengok-tengokkan dia.Risau pula aku melihatnya”Ujar Hizmi yang sememangnya prihatin terhadap kebajikan teman-temannya.
“Wait..Aku macam pernah tengokla mamat tu..Tapi di mana ye..”Eja cubamengingati kembali,tetapi gagal.

************************************************************************************
Sejak pertemuan itu,wajah yang terlalu aku rindui selama tiga tahun kian menerpa fikiran ku.
“Nisa kau kenapa?Kau marah aku sebab terlambat hari tu ke?Kalau kau marah kita orang  pasal hari tu aku minta maaf.Maafkan kami yer Nisa?”Eja cubamemujuk.
“Tak..Aku menggelengkan kepala.”
“Habis tu kenapa?Aku dengan Mi risau  kan kau.Aku tak nak sebab perkara ni hubungan kita renggang.”
”Eja..Aku tak tahu nak mula dari mana.Lidah aku kelu.Tapi aku perlukan seseorang untuk luahkan isi hati aku.”Aku memberanikan diri menatap sahabatku dengan wajah yang sembab.
”Nisa..Trust me ok..Aku dah anggap kau macam adik aku.So ceritakanlah pada aku..At least ringan sikit bebanan kau.”Pujuk Eja cuba ingin membantu.

********************************************************************************
Sudah hampir sebulan peristiwa itu berlalu.Perasaan  ku kian hari kian pulih seperti dahulu kala.Mood aku pun dah makin pulih.
"Eja lambat lagi ke assingnment  kau nak siap?Perut aku dah ’goyang inul’..Dari tengahari tak makan.”Aku yang dari tadi menunggu sudah naik bosan.
"Sabarla wei.Assingment ni nak kena hantar besok.Aku Cuma nak edit sikit-sikit je.Relax la dulu.”
"Emm..Yelah..”Aku membuat memek muka yang bajet cute.
"Ok  siap..Cik Puteri ku Nisa Ayumi..Apa lagi jom la gerak.Karang perut kau bertarian naga pulak.”Sempat lagi Eja bejenaka.Aku ni dah separuh kelaparan menunggu dia membuat assingment.
"Kita nak makan kat mana ni?”Aku bertanya.
"Aku tak kisah.Mana-mana pun boleh.Tapi kena tanya  drivernye dulu.”Eja mengerling ku.
"Driver?Sejak bila pulak kau ada driver ni?”Aku bertanya kehairanan.
"Kau ni..Si Mi la.Gurau sikit pun tak boleh”
"Mi?Driver??Mi??Aku tak salah dengar kan?”Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian dari Eja.
"La..Kenapa pula.Yela Mi.Member kita Hizmi.”Jawab Eja ringkas.

********************************************************************************
Tiba di Mid,kami menuju ke arah food court.Tempat yang selalu menjadi sasaran kami untuk mengisi perut.Tanpa disengajakan aku terlanggar seorang lelaki yang sedang berjalan agak pantas mengejar teman wanitanya yang sedang merajuk dan paling memalukan aku hampir-hampir tergolek jatuh ke lantai namun sempat dipaut oleh lelaki tersebut.Wanita tersebut bertmabah berang apabila menyaksikan adegan itu.Aku cuba mencari kedudukan yang stabil sebelum berpaling ke arah lelaki tersebut.Alangkah terkejutnya aku apabila mengetahui lelaki yang memangku ku adalah Amirul Ilham.Lelaki yang pernah muncul dalam hidup ku satu ketika dulu dan sebulan yang lalu.Apabila aku berpaling kearah wanita yang menghampiri ku dengan wajah masam mencuka, aku rasakan bagai nak luruh jantung ku apabila mengetahui wanita tersebut adalah Mimi Azlia.Ilham tega meninggalkan aku untuk bersama Mimi Azlia yang cukup aku kenali sikapnya yang suka bertukar-tukar pasangan sejak di bangku sekolah lagi.
“Mimi!?..”Aku bersuara dalam nada tidak percaya.
“Erk..”Mimi bagaikan ketakutan kerana tembelangnya hampir terbongkar.
"Erk..You all kenal each other?”Ilham bersuara bagaikan tidak percaya
Air mata ku hampir menitis di khalayak ramai.Eja dan Hizmi yang dari tadi hanya memerhati mula menghampiri apabila melihat keadaan santai sebentar tadi kian genting.
"Aku tak sangka kau tikam aku dari belakang Mimi.”Aku berkata dalam keadaan air mata ku jatuh berjujuran.Tanpa menghiraukan mata yang memandang aku berlari mengikut langkah kaki sehingga aku tidak dapat mengawal pegerakan lalu aku terseliuh dan hampir jatuh.Mujur Eja sempat menyusuli aku lalu memaut bahu ku lalu mendakap tubuh ku.
"Eja aku nak balik.Sorry tak dapat join you all.”Aku menangis di bahu Eja.
"Its ok.Kita balik je k.”Eja memberi isyarat kepada Hizmi supaya turut membantu.
Dalam perjalanan aku hanya mendiamkan diri melayan dunia ciptaan ku.

**************************************************************************************
Sejak dari peristiwa itu aku terus membenci wanita bernama Mimi Azlia.Walaupun aku tidak pasti salah siapa tapi aku yakin dan hati ku kuat mangatakan bahawa Mimi yang terhegeh-hegeh menggoda Ilham.Ketika di bangku sekolah Mimi lah menjadi tempat aku mengadu.Semua rahsia ku menjadi rahsia Mimi termasuklah suka duka aku bersama Ilham.Ketika itu Ilham terlalu sempurna pada aku.
"Nisa..Untung kau dapat Ilham.Menurut cerita kau aku dapat rasakan Ilham tu baik,jujur,tulus...Kan best kalau boyfriend aku macam tu.Aku jeles dengan kau Nisa.Kau dapat ape je yang kau nak.”Aku hanya tersenyum tatkala mendengar pujian dari mulut Mimi.
"Ala kau pun apa kurangnya..”Aku cuba menyedapkan hati.
Aku mnegimbau satu per satu kenangan silam.Tatkala itu aku tidak terfikir langsung disebalik pujian Mimi terkandung muslihat.Pada suatu hari aku menerima mesage datangnya dari Ilham.


Nisa..Abang minta maaf.
Abang rasa kita tidak dapat meneruskan perhubungan ini.
Abang mungkin tidak dapat membahagiakan Nisa..
Seperti yang Nisa ingin kan..
Maaf kan  abang...


Alangkah terkejutnya aku apabila menerima pesanan ringkas itu.Aku cuba menghubungi Ilham tapi panggilan ku dimatikan.Aku cuba menceritakan peristiwa ini kepada Mimi,tetapi Mimi seolah-olah sudah tidak mengendahkan lagi.Aku diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga.Baru kehilangan ibu,kemudian terpaksa merelakna pemergian Ilham yang selama ini menjadi sandaran dan Mimi yang selama ini tempat aku berkongsi masalah kian menjauhkan diri.
"Nisa...”Lamunan ku terhenti.Aku dapat menangkap pemilik suara itu.Aku bergegas untuk pergi namun kudrat lelakinya lebih cepat menangkap lalu menggenggam kuat pergelangan tangan ku.
"Lepaskan saya..”Aku cuba merentap pegangan itu tetapi gagal.Aku memandang wajah Ilham dengan penuh kejelikan sementara muka ku menahan kesakitan akibat cengkaman yang agak kuat.
"Tolong dengar penjelasan abang dulu Nisa.”Pinta Ilham.
"Sakit la..”Aku mengaduh kesakitan.
"Abang akan lepas kan kalau Nisa sudi mendengar penjelasan abang”.
"Ergh..Ok.”Aku mengeluh,dan bersetuju.
Tangan ku dilepaskan.Aku mengusap-usap pegelangan tangan ku yang kemerahan.
"Awak nak apa lagi?Dah tak ada apa untuk dijelaskan.Semuanya dah berakhir.Kita dah tidak ada apa-apa.”
"Nisa,abang minta maaf.Abang tahu salah abang.”Ilham memberanikan  diri walaupun sudah mengetahui jawapannya.
"Huh!!Sorry.??Kalau tiga tahun yang dulu maybe saya akan pertimbangkan,tapi sekarang  dah terlambat”Aku cuba bertegas.
"Lagi pun awak kan dah ada Mimi Azlia.Dia kan baik di mata awak.Cantik,menarik,seksi.”
"Tapi..Tapi dia tak macam Nisa.”
"Huh..”Aku ketawa sinis.
“Abang tahu Nisa masih sayangkan abang kan?”
"Sayang?Please..Saya tak sayang,tak cinta and takkan ada hati lagi untuk awak”Tegasku agar Ilham mengerti.
"Saya bukan Nisa Ayumi yang dulu yang selalu tunduk pada awak.”Jelas ku lebih terang.
"Tapi kenapa?Cinta NIsa dah beralih arah ke lelaki lain ke?Dulu Nisa janji cinta abang sampai bila-bila..Tapi sekarang...”
"Ape awak mengarut ni?”Kata-kata Ilham seolah-olah aku yang tinggalkan  dia.
"Semua tu dah berlalu.Lagi pun bukan saya yang mungkir bahagia.”
"Abang minta maaf”Hanya itu yang dapat diungkapkan oleh Ilham tatkala itu.
"Tidak semudah itu Amirul Ilham..Saya takkan lupakan apa yang pernah awak lakukan.Awak biarkan saya terkapai-kapai,tiba-tiba sekarang awak muncul bersama kawan baik saya sendiri.”Suara ku bergetar menahan sebak.Aku tidak boleh menitiskan air mata ku di hadapan Ilham.Aku tidak mahu dia nampak kelemahan ku walhal perasaan ku ketika itu berbaur sedih,geram dan rindu yang teramat terhadap insan bernama Amirul Ilham.”

*************************************************************************************
Tak lama lagi tamat la pengajian ku di Universiti Malaya dalam jurusan Syariah Islam  dan Undang-undang.Aku akan dianugerahkan segulung Ijazah Sarjana Muda Syaraih.Alhamdulillah akhirnya impian ku sejak kecil untuk menjadi peguam tercapai juga.Namun disebalik kegembiraan ku,terpalit kesedihan.
"Mak..Angah dah dapat buktikan kejayaan angah.Tapi sayangnya,mak tak dapat meraikan kejayaan angah yang selama ini mak hajati.Kalaula mak masih hidup,dah tentu maklah orang yang paling gembirakan?”Aku memandang sayu gambar arwah ibu ku yang sedar tidak sedar sudah hampir mencecah lima tahun pemergiannya.

***********************************************************************************
"Nisa..Aku dengar hubungan Ilham dengan Mimi akhir-akhir ini asyik berentakan,betul ke?Tanya Eja kepada ku.
"Tak tahu la Ja.Aku malas nak jaga tepi kain orang.”
"Tu la balasannya kalu kita buat jahat kat orang.Tuhan tu maha adil.”Luah Eja dengan rasa tidak puas hati.
Aku hanya mendiamkan diri.Tidak mahu komen apa-apa.

************************************************************************************
Sedang elok aku hendak melelapkan mata,telefon bimbit yang aku letak di atas meja kecil bersebelahan katil berdering.
"Siapa pula yang telefon aku pagi-pagi buta ni.”Desis hati kecil ku.
Tanpa melihat no pemanggil aku terus menjawab panggilan.
"Assalamualaikum”Lembut suaraku memulakan bicara.
"Waalaikummussalam”Kedengaran sayu suara di hujung talian.
"Siapa ni?”Aku masih tidak dapat mengecam suara tersebut.
"Nisa..Ni makcik..Ibu Ilham”Puan Rohaya memperkenalkan diri.
"Oh..Makcik.Ada apa hal call Nisa pagi-pagi ni?”
Puan Rohya tidak terus menjawab pertanyaan ku,sebaliknya aku terdengar esakan kecil di hujung talian.
"Kenapa ni makcik?”Aku mula gelisah.
"Ilham,Nisa..Ilham.”Hanya itu yang kedengaran.
"Ilham?Kenapa dengan Ilham makcik?.”Aku menantikan jawapan.
"Ilham kemalangan Nisa.”
Aku mengucap panjang.
YAALLAH..Kau selamatkan lah abang Ilham.Hanya itu yang aku mampu panjatkan ketika itu.

**********************************************************************************
"Bagaimana dengan adik saya doktor?”Aiman Mukriz,abang kepada Ilham bingkas bangun sebaik saja doktor yang merawat Ilham keluar dari bilik operasi.
"Keadaan adik awak agak kritikel.Buah pinggang sebelah kirinya mengalami komplikasi akibat kemalangan dan tidak boleh berfungsi lagi.Sementara yang satu lagi masih boleh berfungsi tetapi agak lemah kerana terpaksa berkerja sendiri.”Jelas doktor Aminudin dengan terperinci.

***********************************************************************************
Sudah dua hari Ilham masih kaku di atas pembaringan.Pihak hospital masih mencari penderma buah pinggang yang sesuai.Seluruh ahli keluarga telah membuat pemeriksaan buah pinggang,mana tahu kalau-kalau ada yang bersesuaian dengan Ilham.Tetapi malangnya tidak ada yang sesuai.
"Ilham.Jangan tinggalkan mak nak.”Tangis Puan Rohaya.
"Sabarlah makcik.Kita mohon pada yang Esa.Dia penentu segalanya.”Aku cuba memujuk
"Nisa..Makcik tak sanggup melihatkan keadaan Ilham terlantar kaku di situ.”
"Nisa tahu makcik.Tapi sabarla.”Aku masih memujuk.Aku tahu bertapa pilunya hati seorang ibu melihatkan anak yang dikandungkan 9bulan 10 hari terlantar kaku.

*************************************************************************************
Mimi Azlia yang selama ini di puja oleh Ilham entah kemana menyepi.Sejak kejadian tidak pernah sekali pun Mimi datang menjenguk.Akhirnya setelah masuk hari ketiga aku mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan pula.Setelah menjalani pemeriksaan ternyata buah pinggang ku adalah yang dicari.Tapi aku terpaksa mengambil risiko berhadapan dengan kematian sekiranya aku mendermakan buah pinggang ku.Namun demi secebis sayang dan demi melihatkan kegembiraan Puan Rohaya kembali bersemi aku pasrah.Hanya itulah bakti yang dapat aku sumbangkan kepada Puan Rohaya yang sudah ku anggap seperti ibu.
"Kalau awak sudah membuat keputusan,esok kita boleh jalankan operasi pemindahan buah pinggang.Sekarang awak balik berehat dapatkan rest yang secukupnya supaya pembedahan esok berjalan lancar.”Doktor Aminudin memberikan arahan.
"Baiklah doktor.Tapi doktor harus berjanji tidak memberitahu sesiapa tentang risiko yang saya ambil.”Pinta Nisa.

**********************************************************************************
Aku tiba di perkarangan pakir kereta satu jam kemudian.Aku membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk solat isyak.Aku memohon kepada Tuhan agar pembedahan berjalan dengan lancar.
"Eja..Aku nak pergi hospital ni.Hari ni aku akan jalani pemindahan buah pinggang.”Aku bersuara dengan nada sayu.
"Ok..Aku doakan kau dan Ilham selamat.Maafla tak dapat temankan kau.Hari ni aku ada test.”
"Tak pela Ja,aku tak kisah.Aku doakan kau berjaya dalam final exam ni.”
Aku menatap sayu wajah Afriza Elyana yang selama ini menjadi tempat aku meluahkan buah bicara.
"Eja..Mungkin ni kali terakhir aku di sini.Ini juga kali terakhir kau melihat wajah ku.”Aku berkata dalam hati.
"Wei jangan la macam ni.Senyumla sikit,kau kan bakal menjadi wirawati.”Sempat Eja berseloroh.
"Ye Eja.Aku bakal menjadi wirawati yang perhambakan diri pada cinta.”Hati kecil ku berbisik lagi.

**********************************************************************************
"Ja..Kalau tejadi apa-apa pada aku tolong berikan surat ni pada Ilham ye.”Aku menyampaikan amanat terakhir ku.
Pemindahan sudah berjaya dijalankan.Aku masih tidak menyedarkan diri.
"Bagaimana dengan pembedahan kedua-duanya doktor?”Encik Amri,ayah kepada Ilham tidak sabar ingin mengetahui.
"Alhamdulillah.Pembedahan berjaya.Tetapi buat masa ni keadaan kedua-duanya masih lemah.”Ujar doktor Aminudin.
Terukir senyuman kegembiraan di wajah tua Encik Amri dan Puan Rohaya.

********************************************************************************
Masuk hari ke dua selepas pembedahan,Ilham sudah menunjukkan reaksi yang positif.Di mana aku ketika itu masih kaku.Ilham yang masih belum kuat untuk bergerak meminta agar dibawa bertemu dengan ku.Tidak ada apa yang dapat Ilham ucapkan selain dari linangan air mata.Menyesali perbuatannya yang terlalu buta menilai cinta.
Keesokan harinya aku pula sedarkan diri.Seluruh ahli keluarga ku dan Ilham gembira melihatkan keadaankan ku yang nampak stabil.
"Nisa..Maafkan abang.”Bisik Ilham ke telinga ku.
Aku memandang Ilham dengan pandangan kosong.Tak sanggup rasanya menatap wajahnya.Aku sekadar mengukirkan senyuman.Ilham menggenggam jemari ku lalu dikucup berulang kali.Setengah jam kemudian aku menghembukan nafas ku yang terakhir seperti yang telah dijanjikann oleh qodo dan qadar sejak azali.

Buat abang Ilham yang disayangi..
Dikala abang membaca warkah ini,Nisa sudah tiada lagi di dalam dunia yang fana.Nisa berharap dengan buah pinggang Nisa ni,abang dapat menjalani kehidupan yang sempurna dan jadilah anak yang soleh yang sentiasa mengembirakan hati kedua ibu bapa.Walaupun jasad Nisa sudah tiada,tapi Nisa masih bernyawa di dalam jasad abang.
Akhir kata,sebelum Nisa melangkah jauh,Nisa ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara selama perkenalan kita.. Sekarang Nisa dah tunaikan janji Nisa kan untuk menunggu abang sampai menutup mata…abang.. SUMPAH KU CINTA SAMPAI KU MENUTUP MATA…Wasalam.

42 comments:

Firdaus Life said...

uwaaa panjangnya. x larat na abiskan. huhu

Eiza GreenAppleKu said...

sedihnyer anis..sob3.

Unknown said...

bole kritik tak

pertama, justify..supaya perenggan nmpk lebih kemas

kedua bende alah wane wani tu tak payah kot..sbb mate terganggu bile nk membace

ketige cte ni dah dpt agk endingnye..mungkin sbb ctenye lebih kurg sme..

kne kembangkan lg idea. bia tak sme dgn pnulis akan dtg

ni komen ikhlas..takde niat nk kondem..nway teruskna menulis..best..penulisan bersahaja n pengajaran ade

Firdaus Life said...

kenapa nisa mati dalam cerita ni :( .. tak suka ada watak mati.. sedihh.. iskk baru abis baca :(

Emilia Emira said...

alaa kenapa sad ending...;((

Ezad Skytech said...

huhh.. habis pon baca...hee~

,sad ending...tp ada pengajaran...

bagus2... teruskan menulis.. bg semua tertarik nak baca sampai habis...

pengajaran : erti sebuah pengorbanan... (^^,)

Niena Muhammad said...

cerpen ni bgus.. erm xlarat nk bca, leh teruskan usaha ni,pasni mna tau kot jdi novelis... mcm kak min tu

Unknown said...

sedihnya cerita,,ending last tak best
gi tukar...hidup lagi lepas tu mereka kahwin...konflik lagi..mimi datang lagi dalam hidup ilham...dan sambunganya sampai akhirnya mereka bahgia...jua...huhuhuhu sedih

Cik Purple said...

sobs~~T_T mungkin sy la watak nisa tu kot..sanggup bkorban utk dia~~~ceh..:D haha~~prasan2..:p BTW, wa kasik lu 10 bintang oke..:D

anismelon said...

@freaky:hehehe..akhirnye abis jugak kan..huuu..tenk yup sudi bce and habis kn..

nisa mati..sbb na tnjuk pngorbann sebuah cinta..huuu..mse toh nie je idea yg ade lam kepale..(yg nie rekaan)

anismelon said...

@greenappleku.com:tenks sudi bace..and komen yup..

anismelon said...

@miss ran:boleh je kritik..im a +ve person..terima je kritikan..as long as kritikan yg membina..anis terima..

tenks yup sudi bce..kritik..and i'll try ma best in ma next writing yup..

anis ikut saranan miss ran..dah justify..and buang kale kale toh..tq..:)

anismelon said...

@emilia emira:huuu..sbb mase menulis toh tngh sedey..mati je la yg terbaik..weeee..

btw tenks yup sbb habis kn mase tok bace ayt jele jele nie..:)

anismelon said...

@izat nazmi:tenks yup sudi bace and komen..anis try lg for da next writing okek..:)

anismelon said...

@shoping2u:heee..panjang ye..ngeee..idea melimpah limpah mase toh..weee..btw tenks yup sudi bace..

jd novelis yup..heee..ade la gk niat dihati..tp rse cam xmmpu je..ngehehe..tp who knows kn..one day ke..insyaallah..

ejulz said...

sedih2.. susah nak carik pompuan camni.. heHe

anismelon said...

@bro ahmad:ehehe..kalo sambung lg..lg org xlarat na bce..wahaha..kte cerpen..smbung lg xjd cerpen..cerpan..weee..

btw tenks yup sudi bce..t ans try ikt cadangan ahmad yup..:)

anismelon said...

@cp:hehehe..nisa toh watak kite b2..xabis abis na berkorban tok org..heee

btw tenks yup sudi bace and komen..tenks gk untuk 10bintang..hehe..:)

anismelon said...

@ejulz:susah ke..heeee..ade je kot..tp xramai la..2 dalam 10..ngehehe..

btw tenks yup sudi bace..t cri gul yg cm nie tau..:)

Kechik Itu Comel said...

pandainya bt cerpen..
nice..=)

Mohamadjahn said...

a very melodramatic short story... sangat tersentuh apabila membacanya... Nisa Ayumi itu memang sungguh mulia walaupun cinta akhirnya tak bersatu... sedih tetapi ada pengajaran yang berharga... 2 thumbs up!!

Lulu Caldina said...

dear, lulu tag awak!!

http://lulu-pages.blogspot.com/2011/06/giveaway-autumn-in-melbourne.html

Achik S Y I D A said...

huhu..sedih lah cerpen ni.. =,=
tapi okey,sebab bagi pengajaran pada semua..semoga berjaya lagi..^__^

anismelon said...

@fauzan:huuu..tenks yup sudi bace and komen..heeee...na try wat cite cite yg bnyk kesinambungan..tenks lg sekali..

anismelon said...

@nour akmal:tenks yup sudi bace and komen..biase biase je..xpandai mane pon..:)

anismelon said...

@lulu caldina:nanti anis balik anis join erk..tenks erk tag anis..:)

anismelon said...

@achil syida:tenks erk sbb sudi bace and komen..and tenks gk 4 da wishes..:)

haslinda said...

anis,nice cerpen.menarik...

tp,kalo boleh kemaskan perenggan utk selesa mata pembaca yg nak membaca.format juga tak begitu kemas..masih boleh diperbaiki dr segi format.

teruskan usaha utk menulis.awak berbakat:)

farha hizam said...

kak anis! hahah farha ingatkan ni kisah akak. bulat2 farha percaya n geram gila kat ilham.
rupanya orang cerita..
haha but not bad! soo interesting! ^^\/

Unknown said...

anis tengah mengarang cerpen baru la nie.....dah siap inform kt bro ya

qaseh johanna said...

bagus anis..

tp akak nk baca yg happy ending plak ye..

citer sedey2 ni kang bole wat sehari jadi emo..hihi

♡♬♪ sHaKiRah HaRuN{。^◕‿◕^。} said...

http://daqkecik.blogspot.com/2011/06/contest-aku-sayang-dia.html jom join ni

Nini Hartini said...

awatlah ending mati.hehehe...buatlah ending dia terima lelaki lain. padan muka ilham. hehehe

Unknown said...

singah,,hmm tak siap lagi
nak citer lagi waaaaaaaa

anismelon said...

@haslinda:tenks sbb sudi bce and komen..fomat ye..heee..anis main tulis je nie..bukan tawu pon 4mat2..t anis cube erk 4 da next cerpen..tenks yup sekali lg..:)

anismelon said...

@farha:hehe..xdele..kisah dongeng je nie..related kn sikit sikit dgn percintaan kite yg tah ape ape toh..make terhasil le cerpen ngarot ngarot nie..heee..btw tenks yup dik sudi bace..:)

anismelon said...

@ahmad:banyak le mengarang cerpen lg..xdan lew..bnyk keje..t akan ku fikirkan cerpen len yup..huuu..jgn wisau anis inform punye..larat ngn xlarat je na bace..wahaha..:p

anismelon said...

@nawal:free free t aku join yup..btw tneks yup invite aku..:)

anismelon said...

@nini hartini:hehe sis..punye na tunjuk cinta kuh yg agong..ceh...kononnye..weee..:p..btw tenks yup sudi bace..:)

anismelon said...

@ahmad:huuuu...sabau la yup..t2 anis reke..amik feel..ngee..

farha hizam said...

hehe welcome akak ^^\/
ourm lepas ni akak buat lagi la story macam ni. coz akak punye carpen interesting!hehe

anismelon said...

@huuuu..xleh story yg cm nie..t org mrh..asyik same je..weee..lebey kurang okek la..but epy ending..weee..biase je lorh..interesting ye..ngehehehe..tenks sekali lg..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...